Penemuan Virus Setiap 100 Tahun. Kebetulan Atau Telah Dirancang?
Entah sebuah kebetulan atau tidak, dalam catatan Sejarah setiap 100 tahun, ada wabak atau pandemi luar biasa besar yang melanda dunia. Pandemi tersebut adalah :
1. Wabah besar Marseille (Great Plague Of Marseille) (1720)
2. Wabah Kolera (1820)
3. Flu Sepanyol (1920)
4. Covid-19 (2020)
Apakah kesemua wabah yang terjadi setiap 100 tahun ini berlaku secara kebetulan atau telah di rancang.
Sejarah benar benar berulang. Kali ini adalah pandemi atau wabah mengerikan yang telah membunuh ribuan orang di serata dunia. Di mulai dari wabah Marseille pada tahun 1720 di Perancis sehingga lah kepada penyebaran virus Corona atau Covid-19 pada tahun 2020.
Seberapa serius kah penyebaran wabah wabah yang melanda dunia satu ketika dahulu? Mari kita selami bersama....
Wabah ini diberi nama wabah Marseille kerana wabah ini terjadi di Marseille, Perancis pada tahun 1720. Wabah ini telah meragut lebih dari 100,000 nyawa. 100,000 nyawa pada waktu itu semestinya satu angka yang besar sesuai dengan jumlah rakyat di Eropah pada waktu itu.
Wabah Marseille merupakan wabah yang terjadi setelah pandemi dasyat yang berlaku pada abad ke 14 yang dipanggil Black Death.
Penyebaran Wabah Marseille bermula ketika kapal dagang bernama Grand-Saint-Antoine dari Levant berlabuh di perlabuhan Marseille yang mana membawa virus Yersinia Pestis. Virus Yersinia Pestis adalah virus yang berjangkit kepada manusia melalui kutu tikus Oriental.
Korban pertama dari wabah Marseille ini adalah penumpang Turki yang menaiki kapal tersebut sebelum virus tersebut terjangkit kepada anak kapal yang lain.
Pada 1720, sememangnya sudah ada sistem kuarantin yang mana, mana mana kapal yang berlabuh, para penumpang dan anak kapal akan diperiksa tahap kesihatan dan jika didapati sakit, akan diperiksa dan dikuarantin bagi mengelakkan sebarang penyebaran penyakit seperti yang berlaku pada Black Death.
Walaubagaimanapun, tidak semua yang sakit dapat dikesan atau menunjukkan gejala gejala sakit apa lagi pada waktu tersebut yang tidak mempunyai teknologi canggih seperti hari ini, dan virus Yersinia Pestis tersebar ke kota dan bermulalah penyebaran wabah Marseille yang mengorbankan ribuan nyawa. Bilangan orang yang terjangkit wabah Marseille meningkat hari demi hari, hospital dipenuhi pesakit yang akhirnya meninggal kerana tidak dapat diselamatkan disebabkan terlalu ramai yangvsudah terjangkit. Sama seperti yang berlaku pada hari ini
(Covid-19).
Apa yang dilakukan pada waktu itu untuk mengurangkan penyebaran virus Yersinia Pestis adalah dengan membina tembok pemisah atau Mur De La Peste setinggi 2 meter dan berketebalan 70cm.
Wabah Colera atau taun ini yang juga dikenali dengan pandemi Colera Asiatik atau Colera Asiatik Pertama berlaku pada 1820. Wabah colera ini pertama kali ditemui dekat kota Calcutta sebelum merebak ke seluruh Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Timur, hingga pantai Mediterania.
Bakteri ini biasanya masuk ke dalam tubuh melalui air minum yang terkontaminasi oleh sanitasi yang tidak benar atau dengan memakan ikan yang tidak dimasak dengan betul, terutama kerang. Gejalanya termasuk cirit birit, perut keram, mual, muntah, dan dehidrasi. Kematian biasanya disebabkan oleh dehidrasi.
Wabah Colera ini telah meragut ratusan ribu nyawa. Wabah ini tersebar hampir di seluruh negara negara Asia termasuk Malaysia.
Wabah Colera ini berpunca dari air minuman yang mengandungi bakterium Vibrio cholerae. Asal mula tersebarnya wabah Colera ini adalah dari Sungai Gangga, India.
Jumlah kematian akibat colora ini belum dapat di pastikan dengan jelas namun di anggarkan 30,000 kematian di catatkan hanya di Bangkok, Thailand, belum tempat lain.
Spanish Flu (1920)
Spanish Flu atau Flu Sepanyol adalah virus H1N1 yang telah mengalami perubahan genetik sehingga jauh lebih merbahaya dari virus biasa iaitu Virus Influenza Tipe A subtipe H1N1
Flu Sepanyol telah menjangkiti lebih daripada 500 juta orang di seluruh dunia termasuk orang orang di pulau pulau pasifik yang terpencil hingga di kutub utara menjadikan wabah ini adalah wabah yang paling merbahaya dalam sejarah.
Beberapa analisis menunjukkan virus ini sangat merbahaya kerana merosak sistem imun badan.
Virus Corona (2020)
Virus ini pertama kali di kesan di Wuhan, ibu kota Hubei, China pada awal Januari 2020. Virus ini merebak melalui sentuhan permukaan tercemar termasuk sentuhan manusia dengan manusia.
Virus Corona ini telah terjangkit ke beratus buah negara dengan beribu kes dan beribu kematian dalam tempoh yang singkat, tidak terkecuali Malaysia.
Gejala yang ditunjukkan oleh penghidap dari virus ini adalah demam, batuk, gangguan sistem pernafasan yang dapat meragut nyawa terutama kepada warga tua atau mereka yang mempunyai tahap imun yang rendah.
Kematian pertama yang dicatat dari virus Corona ini adalah pada 9 Januari 2020 dan angka kematian terus meningkat dari hari ke hari dengan Itali mencatat jumlah kematian tertinggi melebihi kematian di negara China.
Virus corona ini memberi impak yang besar kepada sebahagian negara termasuk Malaysia kerana terpaksa melakukan Lockdown atau kawalan pergerakan untuk mengurangkan risiko penyebaran virus ini dari terus merebak.
Kembali kepada tajuk artikel ini ditulis.... Apakah wabah wabah yang terjadi setiap 100 tahun ini terjadi secara kebetulan atau apakah ada 'tangan tangan' yang ingin menghancurkan dunia dengan sengaja menghasilkan virus virus yang membawa maut ini?