Selasa, 19 Mei 2020

Brown Sugar Bubble Tea Ball Tidak Halal

0

Brown Sugar Bubble Tea Ball Dari Taiwan Ini Disahkan Tidak Halal, Mengandungi Gelatin Babi – JAKIM

Walaupun mahal, tetap berduyun orang yang beli. Sekarang memang banyak produk minuman minuman bubble yang berada di pasaran. Walaubagaimanapun, peelu dipastikan terlebih dahulu apakah produk minuman bubble tu halal atau haram.

Brown Sugar Bubble Tea Ball Dari Taiwan Ini Disahkan Tidak Halal

Mengenai minuman Brown Sugar Bubble Tea Ball, pihak JAKIM mengesahkan bahawa minuman tersebut tidak  memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Minuman bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut juga mengandungi sumber bahan ramuan yang TIDAK HALAL iaitu gelatin babi.

Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.

Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Perlu diketahui bahawa produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf adalah dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut prosedur, peraturan jua perundangan berkaitan yang telah ditetapkan di negara masing-masing.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Terima kasih. "Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
25 Ramadhan 1441 H
18 Mei 2020 M

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar

@halalmalaysiaofficial

Tiada ulasan:

Catat Ulasan