Sabtu, 19 September 2020

Viral Kubur Berdarah Di Kedah. Ini Puncanya

0

 Viral Kubur Berdarah Di Alor Setar, Kedah. Jangan Terkejut Ini Puncanya

Viral Kubur Berdarah Di Alor Setar, Kedah

Viral sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan di Derga, Alor Setar yang mengeluarkan air berwarna merah seakan akan darah.

Menurut seorang saksi yang melihat kejadian 'kubur berdarah' tersebut, tanah di kubur tersebut mendap dan digenangi oleh air berwarna merah, ada juga yang mengatakan cecair tersebut seakan minyak, walaubagaimanapun tidak ada yang menyentuh tentang bau busuk atau bau darah dari cairan tersebut.

Bagaimanapun, ahli jawatankuasa masjid telah menimbun semula kubur tersebut dan menutupi air seakan darah itu bagi mengelakkan fitnah dan mengaibkan si mayat. Tambahan, mayat di kubur yang digenangi air merah itu baru di kebumikan 2 minggu yang lalu.

Pihak masjid juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) untuk membuat siasatan.

******************************

Kejadian kubur berdarah atau kubur mengeluarkan cecair merah seakan darah ini juga pernah berlaku di Indonesia pada tahun 2017, keadaan yang sama juga berlaku di mana tanah di kubur tersebut termendap. Rujuk sini

Viral Kubur Berdarah Di Alor Setar, Kedah

Perkara yang lebih dasyat dari kubur berdarah ini juga berlaku di Kazakhstan di mana warna air laut bertukar warna merah seakan darah


Apakah penyebabnya tanah atau air bertukar menjadi merah?
Merujuk kepada kejadian air laut yang bertukar menjadi merah darah, ianya lebih kepada faktor alam.
Air laut menjadi merah kerana kandungan garam yang meningkat akibat cuaca panas, kekeringan. Kepekatan garam pada unsur tanah yang menjadi habitat kepada bakteria dan alga Dunaliella dapat mengubah kandungan air menjadi merah seakan darah. Rujuk sini

Viral Kubur Berdarah Di Alor Setar, Kedah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan