Kenderaan Tamat Cukai Jalan Melebihi Setahun Tidak Perlu Pemeriksaan PUSPAKOM
Bagi pemilik kenderaan yang cukai jalannya telah tamat tempoh melebihi setahun mesti terasa sedikit ralat untuk memperbaharui cukai jalan kerana perlu melalui pemeriksaan PUSPAKOM.
Untuk memperbaharui cukai jalan atau RoadTax duit... Nak buat pemeriksaan PUSPAKOM duit lagi.
Tak ada masa pula nak buat pemeriksaan.
Kena pula kenderaan tak lepas spesifikasi yang ditetapkan... Panjangggg cerita.
Sekarang dah boleh tarik nafas lega sikit dimana kenderaan kereta atau motor yang cukai jalannya telah tamat tempoh melebihi setahun tidak perlu lagi melakukan pemeriksaan PUSPAKOM. Boleh terus perbaharui cukai jalan. Dengan syarat cukai jalan telah tamat tempoh TIDAK MELEBIHI 3 TAHUN ATAU 36 BULAN.
Perkara itu diumumkan menerusi satu pekeIiling yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertarikh 1 September 2020.
Menerusi pekeliling tersebut, untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh memperbaharui cukai jalan secara dalam talian namun perlu menggunakan transaksi MySikap.
Bagi kenderaan yang cukai jalan nya tamat tempoh lebih 36 bulan atau 3 tahun, masih perlu membawa kenderaan terbabit ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa.
Ha.... Pemilik kenderaan yang cukai jalan dah tamat tempoh lebih setahun tu boleh tarik nafas lega lah... Jangan la tunggu nak dekat 3 tahun baru nak renew road tax ye.. Huhu