Khamis, 3 September 2020

Sejarah Penciptaan Rukun Negara

0

Rupanya Rukun Negara Bukan Hasil Idea Orang Melayu

Sejarah 5 prinsip rukun negara

Masih ingat dengan 5 Rukun Negara kita negara Malaysia yang tercinta ini?

Admin masih ingat dulu waktu di sekolah rendah, waktu perhimpunan, akan disuruh laung 5 Rukun Negara ni selain menyanyikan lagu Negaraku.
Di belakang buku tulis juga ada yang dicetak Rukun Negara ni.

Sejarah 5 prinsip rukun negara

Sejarah Rukun Negara


Rukun Negara yang dirangka oleh mendiang Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim telah diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

 Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. 

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

Bahagian Pertama Rukun Negara

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bahagian Kedua Rukun Negara

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-

• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan