Lebih 300 Kes Tipu Jual Topeng Muka, Polis Kongsi Cara Nak Semak Akaun ”Scammer”
"Bagai Menangguk di air keruh".
Peribahasa yang sangat sesuai untuk menggambarkan perangai penipu atau scammer yang mengambil kesempatan di atas kekalutan rakyat Malaysia di saat Malaysia menghadapi bencana Covid-19 ini.
Seperti yang kita sedia maklum, kes jangkitan Covid-19 di Malaysia meningkat berganda-ganda setiap hari. Setiap hari juga ada dilaporkan kematian akibat Covid-19.
Maka berpusu-pusulah masyarakat ingin mendapatkan topeng muka, hand sanitizer, sarung tangan dan pelbagai barang lain untuk melindungi diri dari wabak ini dan ramai juga lah peniaga peniaga atau penjual penjual yang menjual hand sanitizer, face mask, glove dan lain lain mempromosikan barang jualan mereka di media media sosial.
Namun begitu, tetap ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang masih ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat. Ada yang cuba menipu menjual topeng muka.
Sejak Januari hingga 24 Mac 2020 ini, terdapat 336 kertas siasatan dibuka melibatkan penipuan face mask atas talian. Sebanyak 240 kes adalah dari tawaran iklan di Facebook. Dan kes ini meningkat dengan banyaknya setiap hari!
Hal ini dikongsikan laman Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police di laman Facebook rasmi mereka hari ini.
Justeru, mereka mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran topeng muka atas talian supaya tidak menjadi mangsa penipuan penjualan face mask ini.
“Jangan beli dengan jumlah yang banyak. Semak nombor akaun sebelum membuat transaksi di laman semakmule PDRM atau download aplikasi Check Scammers CCID di Google Play.